18 Februari 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menganjurkan Kuliah Subuh di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, Shah Alam sebagai sebahagian daripada inisiatif menyemarakkan Bulan Wakaf Selangor.
Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS yang menekankan bahawa setiap kesempatan kehidupan merupakan peluang untuk membina legasi pahala berterusan melalui amalan wakaf.
Kaunter wakaf turut dibuka bagi memberi ruang kepada para jemaah menyertai agenda wakaf secara langsung. Inisiatif ini mencerminkan komitmen PWS dalam memperluas kesedaran wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampan.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan.
No Comments