PWS Adakan Kunjung Hormat ke Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji

PWS Adakan Kunjung Hormat ke Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji

6 Mac 2026, Kuala Lumpur – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjung hormat ke Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan institusi serta memperluas jaringan kerjasama strategik dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan umat Islam.

Delegasi PWS diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi PWS dan diiringi oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS serta Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.

Kehadiran delegasi tersebut telah disambut mesra oleh YBrs. Encik Mustakim Mohamad, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (LTH).

Kunjung hormat ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperluas jaringan kerjasama bersama institusi kewangan Islam dan agensi berkaitan bagi memperkukuh pembangunan wakaf secara lebih strategik dan mampan.

 

 

 

 

No Comments

Post A Comment