PWS Adakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

PWS Adakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

7 Januari 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor sebagai sebahagian usaha memperkukuh hubungan strategik antara institusi wakaf negeri dan kepimpinan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Delegasi PWS diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi PWS. Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan Ahli Lembaga Pengarah PWS baharu bagi sesi 2026 hingga 2028 serta berkongsi peranan dan fungsi PWS sebagai institusi wakaf di Negeri Selangor.

Dalam sesi pertemuan tersebut, PWS turut membentangkan hala tuju pembangunan wakaf merangkumi aspek hartanah, ekonomi dan sosial masyarakat melalui instrumen wakaf, selain mengemukakan Laporan Prestasi PWS bagi Tahun 2025 sebagai gambaran pencapaian serta perancangan strategik masa hadapan.

Turut mengiringi delegasi ialah YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS; Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS serta Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memastikan tadbir urus wakaf yang telus, berintegriti dan berimpak tinggi selari dengan aspirasi pembangunan Negeri Selangor demi kesejahteraan ummah.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:

🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor

No Comments

Post A Comment