Klang, 26 Jun 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bagi memperkukuhkan kerjasama strategik dalam memperluaskan pelaksanaan inisiatif wakaf.
Delegasi PWS yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, telah mengadakan sesi perbincangan bersama Datuk Bandar MBDK, YBhg. Dato’ Haji Abd. Hamid bin Hussain serta pihak pengurusan MBDK. Perbincangan memfokuskan potensi kerjasama melibatkan pembangunan projek wakaf, skim potongan gaji wakaf dan pelaksanaan program wakaf korporat.
Kerjasama ini diharap dapat memperkukuhkan budaya berwakaf serta menyokong pembangunan sosial, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat menerusi ekosistem wakaf yang mampan.
No Comments