PWS Mengadap DYTM Raja Muda Selangor Perkukuh Pembangunan Wakaf

PWS Mengadap DYTM Raja Muda Selangor Perkukuh Pembangunan Wakaf

8 Januari 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan mengadap Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sebagai sebahagian usaha memperkukuh hubungan institusi wakaf negeri dengan pihak Istana Selangor.

Delegasi PWS diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi PWS. Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan Ahli Lembaga Pengarah PWS baharu bagi sesi 2026 hingga 2028 serta mempersembahkan peranan dan fungsi PWS sebagai institusi wakaf di Negeri Selangor.

Dalam sesi mengadap tersebut, PWS turut mempersembahkan hala tuju pembangunan wakaf merangkumi aspek hartanah, ekonomi dan sosial masyarakat melalui instrumen wakaf, termasuk Laporan Prestasi PWS bagi Tahun 2025.

DYTM Raja Muda Selangor turut berkenan memberikan pandangan dan nasihat strategik bagi memperkukuh pembangunan wakaf agar dilaksanakan secara lebih mampan, berintegriti dan berimpak tinggi.

Turut mengiringi delegasi ialah YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS; Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS serta Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperkasa tadbir urus wakaf selaras dengan aspirasi pembangunan negeri demi kesejahteraan ummah.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:

🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor

No Comments

Post A Comment