PWS Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama Boustead Petroleum Marketing

PWS Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama Boustead Petroleum Marketing

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol) sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama dalam pelaksanaan dan pembangunan projek wakaf.

Pertemuan ini memberi tumpuan kepada potensi kolaborasi antara PWS dan BHPetrol dalam membangunkan projek wakaf yang berimpak serta mampu memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat.

Kunjungan hormat ini merupakan sebahagian daripada usaha PWS memperluas jaringan kerjasama bersama sektor korporat dalam memperkasa ekosistem wakaf.

Kerjasama strategik dengan pihak korporat dilihat sebagai salah satu pendekatan untuk meneroka potensi pembangunan projek wakaf yang bukan sahaja menyokong agenda kebajikan, malah berupaya menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan ummah.

Delegasi PWS diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor, dan diiringi oleh Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS.

Delegasi telah disambut oleh Encik Fardzi Shah bin Razali, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd.

Sesi pertemuan merangkumi perbincangan mengenai potensi kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak, khususnya dalam meneroka peluang pelaksanaan dan pembangunan projek wakaf yang berimpak tinggi serta memberikan manfaat secara berterusan kepada masyarakat.

Kunjungan ini membuka ruang kepada penerokaan bentuk kerjasama yang lebih strategik antara institusi wakaf dan sektor korporat.

PWS terus komited memperluas jaringan kerjasama dengan pihak berkepentingan bagi mewujudkan lebih banyak peluang pembangunan wakaf yang berdaya maju, berimpak dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat serta pembangunan ummah.

No Comments

Post A Comment