Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan Agihan Tabung Wakaf berjumlah RM57,988.00 kepada Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya bagi membiayai projek pemasangan water gutter system dan sistem televisyen litar tertutup (CCTV).
Agihan ini merupakan sebahagian daripada kutipan Tabung Wakaf yang ditempatkan di masjid berkenaan. Sebanyak 50 peratus daripada jumlah kutipan dipulangkan semula kepada pihak masjid untuk melaksanakan projek pembangunan dan penambahbaikan yang memberi manfaat kepada komuniti.
Majlis penyerahan agihan telah berlangsung pada 12 Julai 2026 di Masjid Kota Damansara. Dana tersebut akan digunakan bagi meningkatkan aspek keselamatan serta kemudahan infrastruktur masjid.
Agihan Tabung Wakaf ini membolehkan pihak masjid melaksanakan projek penambahbaikan hasil sumbangan masyarakat sekali gus memperkukuh budaya berwakaf dan pembangunan institusi masjid.
No Comments