Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM45,740 kepada Masjid Sungai Tengi, Hulu Selangor bagi tujuan penggantian bidai pemisah ruang solat.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen PWS dalam memastikan pengurusan ruang ibadah di masjid sentiasa teratur, selesa dan memenuhi keperluan semasa jemaah.
Dana yang disalurkan digunakan untuk menggantikan bidai pemisah ruang solat yang sedia ada, sekali gus meningkatkan susun atur ruang ibadah agar lebih kondusif.
Majlis penyerahan telah berlangsung bersempena Kuliah Maghrib di masjid tersebut, dan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS.
Inisiatif ini membantu mewujudkan persekitaran ibadah yang lebih tersusun dan selesa, di samping memperkukuh fungsi masjid sebagai pusat aktiviti keagamaan dan komuniti setempat.
No Comments