PWS Salur RM50,000 Wakaf Fisabilillah untuk Baik Pulih Kubah Surau Al-Muhajirin

PWS Salur RM50,000 Wakaf Fisabilillah untuk Baik Pulih Kubah Surau Al-Muhajirin

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000.00 kepada Surau Al-Muhajirin, Kampung Lanchong Jaya, Shah Alam pada 2 Jun 2026.

Sumbangan tersebut diperuntukkan bagi kerja-kerja baik pulih kubah surau demi meningkatkan keselesaan serta kemudahan kepada para jemaah.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperkukuh pembangunan institusi agama melalui pengurusan dana wakaf yang berimpak kepada masyarakat.

No Comments

Post A Comment