SHAH ALAM, 15 Julai 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM26,000 kepada KAFA Integrasi Darus Salim, Seksyen U4, Shah Alam bagi melaksanakan projek penambahbaikan kemudahan sekolah demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan PWS dalam memperkasa pembangunan institusi pendidikan Islam melalui dana wakaf. Inisiatif ini bertujuan membantu menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih berkualiti sekali gus menyokong usaha melahirkan generasi berilmu dalam persekitaran pendidikan yang kondusif.
Melalui Sumbangan Wakaf Fisabilillah, PWS telah memperuntukkan sebanyak RM26,000 bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih kantin dan laluan pejalan kaki di KAFA Integrasi Darus Salim, Seksyen U4, Shah Alam.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan, Perbadanan Wakaf Selangor.
Dalam lawatan yang sama, PWS turut mengadakan taklimat khas mengenai wakaf kepada para guru bagi meningkatkan kefahaman berkaitan konsep wakaf kontemporari, peranannya dalam pembangunan pendidikan serta manfaat yang dapat dinikmati oleh masyarakat melalui pelaksanaan wakaf.
Para guru turut diberikan peluang untuk melaksanakan ibadah wakaf melalui inisiatif yang disediakan oleh PWS sebagai usaha menyemarakkan budaya berwakaf dan menggalakkan amalan jariah yang berterusan.
Sumbangan ini diharap dapat meningkatkan keselesaan warga sekolah melalui penyediaan kemudahan yang lebih baik, di samping memperkukuh kesedaran mengenai peranan wakaf sebagai pemangkin pembangunan institusi pendidikan Islam di Negeri Selangor.
No Comments