Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah dijemput menyampaikan taklimat wakaf sempena Program Celik Zakat dan Wakaf 2026 anjuran Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infaq (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM).
Program yang berlangsung pada 20 Mei 2026 di Anjung Ilmu, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM itu menampilkan taklimat oleh Encik Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS berkaitan peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah dan medium amal jariah berterusan.
Peserta turut didedahkan dengan fungsi serta peranan PWS dalam mengurus dan membangunkan aset wakaf secara strategik demi kesejahteraan ummah.
Program ini meningkatkan kefahaman dan kesedaran mahasiswa berkaitan kepentingan zakat dan wakaf, selaras dengan usaha memperkasa budaya berwakaf dalam kalangan generasi muda.
No Comments