PETALING JAYA, 30 OKTOBER 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus mempergiat usaha menyemarakkan budaya berwakaf dalam kalangan masyarakat menerusi penganjuran program Tazkirah Jumaat di Surau Al-Muhajirin, PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan ibadah wakaf serta peranannya sebagai instrumen kebajikan Islam yang mampu memberikan manfaat berpanjangan kepada ummah.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PWS dalam memperluas kefahaman masyarakat mengenai konsep dan amalan wakaf, di samping menggalakkan penyertaan orang ramai dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi ummah.
Pengisian tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS, yang berkongsi mengenai kepentingan ibadah wakaf serta kelebihannya sebagai amal jariah yang pahalanya berterusan dan memberikan manfaat kepada masyarakat.
Selain pengisian kerohanian, PWS turut menyediakan kaunter wakaf bagi memberikan penerangan lanjut kepada para jemaah, di samping memudahkan mereka menunaikan wakaf secara langsung.
Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuh kefahaman dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan wakaf serta menggalakkan amalan berwakaf secara berterusan dalam kehidupan seharian.
PWS turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Surau Al-Muhajirin dan seluruh jemaah atas kerjasama serta sambutan baik yang diberikan sepanjang program berlangsung.
Usaha mendekati masyarakat melalui pengisian keagamaan dan penyediaan kemudahan wakaf secara langsung merupakan antara pendekatan PWS dalam menyuburkan budaya berwakaf demi kesejahteraan ummah.
Wakaf Anda, Manfaat Berpanjangan untuk Ummah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai melalui saluran rasmi PWS yang diyakini dan dipercayai:
#PerbadananWakafSelangor #PWS #WakafSelangor #TazkirahJumaat #JomBerwakaf #WakafTunai #AmalJariah
No Comments