PWS Serah Sumbangan Wakaf Fisabilillah dan Santuni Warga Pendidik di Sabak Bernam

PWS Serah Sumbangan Wakaf Fisabilillah dan Santuni Warga Pendidik di Sabak Bernam

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan sesi serahan Sumbangan Wakaf Fisabilillah kepada institusi pendidikan serta menyampaikan taklimat wakaf kepada warga pendidik di Sabak Bernam.

Program yang berlangsung pada 20 Mei 2026 itu melibatkan penyerahan sumbangan berjumlah RM48,000.00 kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Hidayah, Parit 9 Sungai Besar bagi tujuan baik pulih bangunan sekolah. Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil kepada pihak sekolah.

Turut diadakan taklimat wakaf kepada barisan pentadbir dan guru-guru bagi memberi pendedahan berkaitan konsep serta peranan wakaf dalam memperkukuh pembangunan ummah dan institusi pendidikan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperluas budaya berwakaf serta memperkukuh kerjasama strategik bersama institusi pendidikan demi kesejahteraan ummah.

 

 

 

 

No Comments

Post A Comment