21 Nov PWS SERAH SUMBANGAN WAKAF TUNAI RM 10,000.00 KEPADA SRA KAFA INTEGRASI AL ISLAH
26 September 2023, Sabak Bernam
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Tunai berjumlah RM 10 ribu kepada SRA Kafa Integrasi Al – Islah, Kampung Baru, Baroh, Sabak Bernam.
Sumbangan Wakaf Tunai tersebut adalah bagi kerja-kerja pendawaian elektrik sekolah tersebut. Guru Besar SRA Kafa Integrasi Al – Islah iaitu Puan Hajah Kaminur bt. Hj. Nasir telah hadir bagi menyempurnakan gimik serahan sumbangan tersebut.
Sesi penerangan Wakaf Tunai juga turut disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz selaku Eksekutif Unit Kutipan & Agihan, Bahagian Korporat PWS kepada semua guru-guru sekolah tersebut.
Para guru turut melaksanakan amalan sunnah berwakaf ini melalui potongan gaji dan secara tunai terus.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.






Sorry, the comment form is closed at this time.