6 Mac 2026, Kuala Lumpur – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Lembaga Tabung Haji (LTH) telah mengadakan sesi perbincangan strategik bagi meneroka potensi kolaborasi dalam memperkasa pembangunan wakaf serta memperluas impak sosial kepada masyarakat.
Perbincangan tersebut berlangsung sempena kunjungan hormat delegasi PWS ke Ibu Pejabat LTH yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi PWS.
Sesi perkongsian pandangan memberi tumpuan kepada pengukuhan sinergi antara kedua-dua institusi bagi memastikan inisiatif wakaf dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, mampan dan berimpak tinggi kepada pembangunan sosioekonomi umat Islam.
PWS merakamkan penghargaan kepada pihak LTH atas kesudian menerima kunjungan delegasi ini dan berharap perbincangan yang diadakan dapat membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif kerjasama pada masa hadapan.
No Comments