12 Mei 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Malaysian Institute of Technology Academy (MIT Academy Sdn. Bhd.) dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta meneroka potensi kolaborasi berkaitan pembangunan teknologi dan inovasi.
Delegasi tersebut diketuai oleh Encik Anthony Ng Mun Sun, Ketua Pegawai Eksekutif MIT Academy Sdn. Bhd. dan telah disambut mesra oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Pertemuan tersebut bertujuan memperkenalkan latar belakang syarikat serta berkongsi perkembangan berkaitan teknologi, latihan profesional dan inovasi yang sedang dibangunkan oleh pihak MIT Academy Sdn. Bhd.
Perbincangan turut memfokuskan kepada potensi kolaborasi strategik khususnya dalam memperkasa agenda pendigitalan, pembangunan modal insan dan transformasi teknologi yang mampu memberi nilai tambah kepada pengurusan wakaf di Negeri Selangor.
Inisiatif ini mencerminkan pendekatan proaktif PWS dalam memperluaskan sinergi bersama sektor teknologi bagi memastikan pengurusan wakaf terus relevan, dinamik dan berdaya saing selaras dengan keperluan semasa.
PWS komited untuk terus membina kerjasama strategik bersama pelbagai pihak melalui pendekatan inovatif dan berimpak tinggi demi memperkukuh ekosistem wakaf untuk manfaat ummah secara menyeluruh.
No Comments