12 Januari 2026, Kajang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan lawatan turun padang bagi meninjau musibah kebakaran yang melibatkan kantin Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Bandar Baru Bangi.
Lawatan tersebut diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS sebagai tanda keprihatinan serta komitmen berterusan terhadap kebajikan institusi pendidikan Islam di Negeri Selangor.
Tujuan lawatan adalah untuk menilai tahap kerosakan, mengenal pasti keperluan pembaikan serta meneliti bentuk sokongan yang boleh digerakkan melalui mekanisme wakaf, khususnya Wakaf Fisabilillah bagi memastikan kelangsungan operasi dan persekitaran pembelajaran yang selamat serta kondusif kepada para pelajar.
Turut hadir meninjau lokasi ialah AF Ustaz Hazman bin Che Mohamed, Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat serta Encik Ahmad Azri Zainal Nor, Ketua Yayasan MBI.
PWS komited untuk terus menggerakkan wakaf sebagai solusi mampan dalam memperkukuh ekosistem pendidikan Islam serta memastikan kebajikan ummah sentiasa terpelihara.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:
No Comments