5 Mac 2026, Shah Alam – Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan sesi retreat strategik bertempat di Hotel Concorde Shah Alam bagi memperkukuh hala tuju pembangunan wakaf negeri bagi tahun 2026.
Sesi tersebut dipimpin oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi PWS bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah yang turut memberikan pandangan, idea dan cadangan strategik bagi memperkasa pelaksanaan agenda wakaf di Negeri Selangor.
Retreat ini menjadi platform penting bagi menilai pencapaian semasa serta merangka strategi baharu dalam memastikan pembangunan wakaf terus dilaksanakan secara lebih mampan, berimpak tinggi dan selari dengan aspirasi pembangunan sosioekonomi ummah.
Melalui sesi perbincangan strategik ini, PWS komited untuk terus memperkukuh peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan masyarakat yang progresif dan berdaya tahan di Negeri Selangor.
No Comments