Pengurusan PWS Bentang Prestasi Wakaf Dalam Sesi Retreat Strategik 2026

Pengurusan PWS Bentang Prestasi Wakaf Dalam Sesi Retreat Strategik 2026

5 Mac 2026, Shah Alam – Barisan pengurusan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan sesi retreat strategik bertempat di Hotel Concorde Shah Alam bagi menilai prestasi pencapaian wakaf serta merangka perancangan program dan projek pembangunan wakaf bagi tahun 2026.

Sesi retreat dimulakan dengan pembentangan prestasi pencapaian wakaf oleh Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS yang merangkumi keberkesanan pelaksanaan program wakaf serta projek pembangunan wakaf yang telah dilaksanakan.

Pembentangan tersebut turut menjadi platform perbincangan bersama barisan kepimpinan PWS bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan serta strategi baharu dalam memperkukuh ekosistem wakaf di Negeri Selangor.

Melalui sesi retreat ini, PWS komited untuk terus meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program wakaf serta memperluas manfaat wakaf kepada masyarakat selaras dengan prinsip syariah dan aspirasi pembangunan ummah.

 

 

 

No Comments

Post A Comment