Wakaf Anda Membantu Mereka

Wakaf Anda Membantu Mereka

PERKASA TANAH WAKAF MELALUI PERTANIAN
 
KAJANG, 17 September – Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Berpegang kepada peribahasa itu, agropreneur muda ini nekad berbudi kepada tanah dengan mengusahakan tanaman nanas pelbagai variasi di atas tanah wakaf yang terletak di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang.
 
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyewakan tanah wakaf seluas 6.3 ekar kepada Encik Mohd Noorhardy, 41 bagi mengusahakan tanaman nanas yang berpotensi untuk menjana pendapatan yang tinggi dan dapat memenuhi permintaan buah nanas dan produk makanan berasaskan nanas di sekitar Lembah Kelang.
 
“Insya Allah sekiranya semua berjalan lancar, tuaian pertama akan dibuat pada akhir November ini. Potensi nanas di pasaran sangat besar dan saya mempunyai pelan jangka panjang untuk meluaskan lagi capaian pasaran dan mengusahakan pelbagai produk sampingan berasaskan nanas,” katanya ketika ditemui di tapak tanamannya disini.
Hasil sewaan tanah wakaf ini akan diagihkan oleh PWS kepada penerima-penerima manfaat wakaf iaitu Masjid Jamek Haji Mat Saman, Sungai Ramal Luar dan Masjid Jamek Pekan Kajang.
 
PWS komited dalam membuka peluang kepada masyarakat yang berhasrat dan berkebolehan untuk membangunkan tanah wakaf melalui aktiviti pertanian agar jariah pewakaf berpanjangan seterusnya dapat membantu meningkatkan sosio ekonomi umat islam.
 
No Comments

Post A Comment