PWS BUKA BOOTH PAMERAN DI MAJLIS PELUNCURAN SAMBUTAN BULAN WAKAF KEBANGSAAN 2025

PWS BUKA BOOTH PAMERAN DI MAJLIS PELUNCURAN SAMBUTAN BULAN WAKAF KEBANGSAAN 2025

27 Februari 2025, Putrajaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah dijemput untuk menyertai pembukaan booth pameran di Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya anjuran bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

“Wakaf Membangun Malaysia Madani” tema bagi Majlis Peluncuran tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan diringi oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Y.B Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) , YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah, Jabatan Wakaf, zakat dan Haji (JAWHAR) dan YBrs. Dr, Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, turut hadir dari PWS ialah YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Md. Yusof, Pengerusi PWS dan YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.

Pameran ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS di negeri Selangor sebagai institusi wakaf bagi pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat ummah agar dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi PWS bagi meraikan dan merancakkan Bulan Wakaf Selangor Sya’ban dan Ramadhan.

Booth pameran tersebut turut disertai dari Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Wakaf Pulau Pinang (WPP)-Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Wakaf Pahang-Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#mudahnyaberwakaf

#bulanwakafselangor

#satuwakafsejutamanfaat

#bulanwakafkebangsaan2025

No Comments

Post A Comment