Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Noor bin Ismail, Pengetua SAMTTAJ berkenaan serta disaksikan oleh guru-guru.
Taklimat wakaf juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada guru-guru di SAMTTAJ berkenaan.
No Comments