24 April 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 40 Ribu kepada Sekolah Agama Rakyat (Kafa Integrasi) Al-Amin, Berjaya Park.
Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Ketua Guru serta disaksikan oleh guru-guru di sekolah berkenaan.
Sumbangan sebanyak RM 40 ribu tersebut adalah bertujuan untuk naik taraf lantai ruang legar solat di sekolah berkenaan.
Taklimat wakaf juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada guru-guru di SAR tersebut serta memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments