Sekalung Tahniah kepada Encik Zaki Efendy bin Rusli atas Pengurniaan Pingat Jasa Kebaktian

Sekalung Tahniah kepada Encik Zaki Efendy bin Rusli atas Pengurniaan Pingat Jasa Kebaktian

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Zaki Efendy bin Rusli, Pembantu Eksekutif Bahagian Hartanah PWS atas pengurniaan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.).

Pengurniaan tersebut dikurniakan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai penghargaan terhadap jasa dan komitmen yang telah dicurahkan.

PWS merakamkan penghargaan atas sumbangan beliau dalam menyokong usaha memperkukuh pembangunan dan pengurusan wakaf di negeri Selangor.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi untuk terus menyumbang dengan cemerlang kepada institusi dan masyarakat.

No Comments

Post A Comment