PWS SERAH SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH RM29,860.00 DAN MERASMIKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG

PWS SERAH SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH RM29,860.00 DAN MERASMIKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG

14 Jun 2025, Gombak – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 29,860.00 kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang di Majlis Anugerah Kecemerlangan di sekolah tersebut.

Serahan cek cura telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh Puan Shahariah binti Mohamed Ismail, Pengetua sekolah berkenaan.

Selain itu, Pengetua juga turut mengadakan serahan gimik borang Skim Potongan Gaji (SPG) kepada PWS sebagai tanda warga pendidik di SBPI Rawang telah melaksanakan ibadah wakaf.

Turut dibuka kaunter wakaf tunai untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa yang hadir dalam melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada warga SBPI Rawang dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#andawakafkamiagih

#terimakasihPEWAKAF

#sbpirawang

No Comments

Post A Comment