22 Jun 2024, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Telok Gadong (SKTG) telah mengadakan taklimat Wakaf khas kepada guru-guru dan ibu bapa di Dewan Sri Gadong SKTG sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG Di sekolah.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.
Objektif taklimat ini adalah bertujuan untuk menyebarluaskan lagi dakwah,kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf serta pentingnya dalam membantu SKTG untuk mengumpulkan dana wakaf khas bagi pembinaan infrastruktur di sekolah berkenaan.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
SKTG adalah merupakan Wakaf khas yang berdaftar di bawah seliaan PWS.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
No Comments