PENYERAHAN SUMBANGAN WAKAF SELANGOR MUAMALAT KEPADA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAAN SERI GARING

PENYERAHAN SUMBANGAN WAKAF SELANGOR MUAMALAT KEPADA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAAN SERI GARING

27 Mac 2025, Gombak – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad melalui Sumbangan Wakaf Selangor Muamalat telah menyerahkan sumbangan bagi tujuan sebuah set Smart Interactive TV kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Garing, Rawang berjumlah RM19,380.00.

Majlis Penyerahan Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Cik Hajah Wan Nuraihan binti Haji Ab Shatar dari Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) bersama Cik Anis Amirah binti Mohd Kifly, Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Encik Mohd Azman bin Osman, Pengetua sekolah berkenaan.

Semoga penyerahan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dan guru-guru di SMK Seri Garing tersebut.

Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

#wakafselangor

#wakafselangormuamalat

#wakafmembangunkanummah

#bulanwakafselangor  

#satuwakafsejutamanfaat

No Comments

Post A Comment