KUNJUNGAN HORMAT PWS KE SELANGOR INDUSTRIAL CORPORATION

KUNJUNGAN HORMAT PWS KE SELANGOR INDUSTRIAL CORPORATION

5 November 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat  ke Selangor Industrial Corporation (SIC). Delegasi PWS tiga orang ini diketuai oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar,  Ketua Pegawai Eksekutif PWS disambut mesra oleh YBrs. Tuan Haji Saharom bin Mohni, Ketua Pegawai Eksekutf SIC.

Turut serta dalam kunjungan ini adalah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi, Bahagian Korporat PWS.

Turut serta dari SIC adalah Encik Roseli Abd. Ghani, Ketua Pegawai Operasi, Puan Syahrazad Md Noh, Pengurus Besar Korporat, Puan Norazlina Mansor, Ketua Pegawai Kewangan dan Roslan bin Kassim, Penolong Pengurus Besar Insurans.

Intipati Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS dan perbincangan kerjasama yang boleh dijalinkan bagi pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat ummah melalui konsep wakaf agar dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi PWS serta galakan kepada kakitangan SIC melaksanakan ibadah wakaf melalui potongan gaji dan wakaf korporat.

Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan SIC bagi memartabatkan institusi wakaf dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia Amnya, InshaAllah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#mudahnyaberwakaf

#selangorindustrialcorporation

No Comments

Post A Comment