Serahan Sumbangan Wakaf Fisabilillah dan Pengisian Ilmu di Surau Baitul Ukhrawi, Klang

Serahan Sumbangan Wakaf Fisabilillah dan Pengisian Ilmu di Surau Baitul Ukhrawi, Klang

12 April 2026, KlangPerbadanan Wakaf Selangor telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM16,000 bagi menaik taraf kemudahan pembelajaran di Surau Baitul Ukhrawi, Taman Chi Liung.

Inisiatif ini dilaksanakan selaras dengan peranan Majlis Agama Islam Selangor dalam memastikan pembangunan wakaf dilaksanakan secara tersusun, berhemah dan memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat, khususnya dalam memperkasa institusi surau sebagai pusat pembangunan ilmu dan pengukuhan akidah.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS kepada pihak surau yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi, Encik Abdul Rajak bin Lias. Peruntukan ini akan dimanfaatkan bagi menaik taraf kelas pembelajaran mualaf serta menyokong aktiviti pendidikan dan pengukuhan akidah dalam komuniti setempat.

Program turut diserikan dengan pengisian tazkirah Maghrib berkaitan kepentingan wakaf serta pembukaan kaunter wakaf bagi memudahkan penyertaan masyarakat. Inisiatif ini dijangka memperkukuh peranan surau sebagai pusat pembelajaran komuniti, meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap konsep wakaf serta menggalakkan penyertaan berterusan dalam amalan wakaf.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperluas budaya berwakaf serta memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara inklusif dan mampan.

 
 
No Comments

Post A Comment