PWS Salur Wakaf RM49,000 kepada SK Jaya Setia, Bestari Jaya

PWS Salur Wakaf RM49,000 kepada SK Jaya Setia, Bestari Jaya

2 April 2026, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) meneruskan program Ziarah Syawal ke Sekolah Kebangsaan Jaya Setia, Bestari Jaya dengan penyaluran sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM49,000 bagi tujuan menaik taraf surau sekolah.

Penyerahan simbolik telah disempurnakan oleh wakil PWS, Puan Nurhalisa binti Mujer sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa fasiliti pendidikan. Inisiatif ini menyokong pembangunan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa serta memperkukuh peranan wakaf sebagai pemangkin kesejahteraan sosial yang mampan.

 

 

No Comments

Post A Comment