26 November 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 12 Ribu kepada Sekolah Kebangsaan Seksyen 20.
Serahan cek cura tersebut telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh Encik Lutfee Ismail bin Amir, Guru Besar serta disaksikan oleh guru-guru di sekolah berkenaan.
Sumbangan adalah bertujuan untuk selenggara dan pendawaian semula elektrikal di bilik PPKI di sekolah berkenaan.
PWS juga turut mengadakan taklimat wakaf yang disampaikan oleh Tuan Haji Anuar Hamzah sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada guru-guru.
Turut memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar PPKI di sekolah berkenaan dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
—
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#indahnyaberwakaf
#andawakafkamiagih
#terimakasihPEWAKAF
#skseksyen20shahalam
No Comments