PWS SALUR SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH SEBANYAK RM24,000 KE SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEROJA

PWS SALUR SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH SEBANYAK RM24,000 KE SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEROJA

28 April 2025, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 24 Ribu kepada SK Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi.

Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Guru Besar serta disaksikan oleh guru-guru di sekolah berkenaan.

Sumbangan sebanyak RM24 ribu tersebut adalah bertujuan untuk pemasangan karpet baharu di surau sekolah berkenaan.

Taklimat wakaf  juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada guru-guru di SRA tersebut serta memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

#sktamanserojasepang

No Comments

Post A Comment