PWS SUMBANG WAKAF FISABILILLAH SEBANYAK RM 40,000 KE SMK KOTA DAMANSARA

PWS SUMBANG WAKAF FISABILILLAH SEBANYAK RM 40,000 KE SMK KOTA DAMANSARA

 
11 Mei 2024, Petaling Jaya –
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 40 Ribu kepada SMK Seksyen 10, Kota Damansara hari ini.
 
Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh YBhg. Dr. Dewani binti Goloi, Pengetua SMK berkenaan serta disaksikan oleh guru-guru sempena Program Peningkatan Profesionalisme : Conneting The Dots.
 
Sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk baik pulih dan naik taraf kelas PPKI, bilik kaunseling dan bilik ASK.
 
Taklimat wakaf juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada guru-guru di SMK berkenaan.
 
Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.
 
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
Layari Wakaf Selangor Online
 
 
No Comments

Post A Comment