3 Januari 2025, Gombak – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah dijemput untuk menghadiri dan merasmikan Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Garing, Rawang yang merupakan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 30 Ribu kepada SMK Seri Garing, Rawang pada 28 Ogos 2024 yang lalu.
Majlis perasmian tersebut telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PWS serta di saksikan oleh Encik Mohd Azman bin Osman, Pengetua SMK Seri Garing dan guru-guru di sekolah berkenaan.
SMK Seri Garing adalah antara 69 institusi di negeri Selangor yang menerima sumbangan wakaf Fisablillah dari PWS pada tahun 2024 yang lalu.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar di SMK Seri Garing dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments