PWS TURUN PADANG PANTAU STATUS PROJEK PEMBINAAN STESEN MINYAK WAKAF

PWS TURUN PADANG PANTAU STATUS PROJEK PEMBINAAN STESEN MINYAK WAKAF

15 November 2024, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bersama delegasi telah hadir untuk melaksanakan lawatan tapak projek Pembinaan Stesen Minyak di atas tanah wakaf yang bertempat di Sungai Merab, Bangi.

Lawatan tapak ini adalah salah satu pemantauan projek yang dijadualkan bagi mengemaskini status pembinaan stesen minyak yang telah dilancarkan pada  14 Julai 2024 yang lalu di mana projek tersebut telah mencapai 28 peratus dan sasaran hingga 70 peratus pada disember 2024.

PWS bersama delegasi anak syarikat Wakaf Selangor Energy (WSE) telah hadir untuk melihat sendiri proses proses yang telah dilaksanakan dan telah ditaklimatkan oleh kontraktor yang dilantik bagi tujuan memberi gambaran yang menyeluruh akan status projek ini.

Turut hadir lawatan tersebut ialah YBhg. Dato’ Haji Mohd Misri bin Haji Idris, Timbalan Pengerusi PWS merangkap Pengerusi WSE, YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS, Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Pengurus Bahagian Projek PWS dan Puan Haryani binti Zakaria, Eksekutif Unit Pembangunan PWS.

Semoga dengan pembinaan projek stesen minyak wakaf yang pertama ini dapat menjadi pemangkin dalam membangunkan tanah-tanah wakaf di negeri Selangor agar jariah pewakaf-pewakaf dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

—-

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#wakafselangorenergy

No Comments

Post A Comment