07 Mei 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyantuni hamba Allah yang sudi mewakafkan hartanya.
Hamba Allah bernama Datin Farethah binti Hussin telah mewakafkan hartanya berbentuk wang tunai dan diniatkan pahala wakaf tersebut kepada Allahyarham suaminya Dato Othman bin Salleh di kediaman rasmi Datin tersebut di Seksyen 7, Shah Alam.
Hasrat wakaf tunai sebanyak RM 6,150 telah disampaikan oleh sahabat beliau iaitu Datin Noorlailee binti Mohd Yunos bagi pihaknya dan disambut mesra oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.
Semoga Ibadah wakaf yang dilaksanakan menjadikan jariah pahala yang berpanjangan sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
No Comments