6 November 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah dihadiri hamba Allah yang sudi mewakafkan hartanya.
Hamba Allah ini merupakan pasangan suami isteri yang bernama Rohanip bin Tukimin, 74 dan Kamariah binti Hussin, 67 telah hadir ke PWS mewakafkan hartanya berbentuk wang tunai untuk diniatkan kepada ahli keluarganya.
Sumbangan Wakaf Tunai tersebut disambut mesra oleh Cik Anis Amirah binti Mohd Kifly, Eksekutif, Bahagian Korporat PWS.
Semoga Ibadah wakaf yang dilaksanakan menjadikan jariah pahala yang berpanjangan sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments