01 Mac 2024 – Shah Alam, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama pihak pengurusan Masjid An Nur, Temasya Glenmarie telah mengadakan sesi Tazkirah Jumaat yang bertajuk “Indahnya Berwakaf”.
Tazkirah Jumaat itu telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Shahril, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS.
Kaunter informasi dan penyertaan Wakaf Tunai juga turut dibuka bagi memberi peluang ahli kariah dan jemaah setempat melaksanakan ibadah Wakaf Tunai ini.
Bulan Sya’ban dan Ramadhan merupakan Bulan Wakaf Negeri Selangor. Bagi meraikan dan merancakkan bulan yang mulia ini, PWS sedang giat untuk menyebarluaskan kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah, kehebatan dan kemudahan berwakaf itu sendiri.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
No Comments