Sumbangan Wakaf Fisabilillah RM50,000 Bantu Naik Taraf Pendawaian Elektrik KAFA Integrasi Manbaul Ulum

Sumbangan Wakaf Fisabilillah RM50,000 Bantu Naik Taraf Pendawaian Elektrik KAFA Integrasi Manbaul Ulum

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000 kepada KAFA Integrasi Manbaul Ulum, Taman Seri Serdang bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan naik taraf pendawaian elektrik. Inisiatif ini bertujuan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, selesa dan kondusif.

Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperkasakan institusi pendidikan Islam melalui penyaluran dana wakaf kepada projek yang memberikan manfaat berpanjangan kepada warga sekolah serta generasi akan datang.

Selain penyerahan sumbangan, turut diadakan Taklimat Wakaf yang disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS kepada para guru.

Taklimat tersebut bertujuan memperkukuhkan kefahaman mengenai wakaf serta menggalakkan amalan berwakaf secara berterusan sebagai instrumen kebajikan yang mampu menyumbang kepada pembangunan ummah.

Sumbangan ini dijangka membantu meningkatkan aspek keselamatan dan keselesaan kemudahan elektrik di KAFA Integrasi Manbaul Ulum, sekali gus menyokong penyediaan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Pada masa yang sama, pengisian berkaitan wakaf diharap dapat memperluaskan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan menjadikan wakaf sebagai budaya dalam kehidupan serta medium kebajikan yang memberi manfaat berterusan.

No Comments

Post A Comment