5 Julai 2025, Hulu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Surau Al-Ittihaad, Taman Tasik Semenyih telah mengadakan Kuliah Maghrib Khas yang di sampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif, Unit Kutipan dan Agihan PWS.
Kuliah ini adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf di seluruh negeri Selangor.
Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments