17 Januari 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam memperkasakan dan sebarluaskan wakaf melalui Tazkirah Jumaat kepada institusi agama di negeri Selangor.
Tazkirah Jumaat yang disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz di Surau Al-Amin, Taman Desa Alam adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf di seluruh negeri Selangor.
Selain itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada jemaah dan ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments