KENAPA ANDA PERLU BERWAKAF DI PERBADANAN WAKAF SELANGOR?

KENAPA ANDA PERLU BERWAKAF DI PERBADANAN WAKAF SELANGOR?

30 Januari 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 15,000.00 kepada Surau Ar Raudhah, Bandar Botanik melalui sumbangan wakaf anda selama ini.

Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh pengerusi dan jemaah surau berkenaan.

Sumbangan adalah bertujuan untuk pemasangan penyaman udara di surau tersebut, Surau Ar Raudhah ini juga adalah merupakan Wakaf Khas yang berdaftar dibawah seliaan PWS.

Selain itu, PWS  juga turut mengadakan tazkirah wakaf yang disampaikan oleh AF Ustaz  Suffian sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada ahli kariah dan jemaah.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#andawakafkamiagih

#terimakasihPEWAKAF

#surauarraudhahbandarbotanik

No Comments

Post A Comment