PWS DIJEMPUT MENGHADIRI KE MAJLIS PENYERAHAN SURAU AR-RAUDHAH,ECO MAJESTIC

PWS DIJEMPUT MENGHADIRI KE MAJLIS PENYERAHAN SURAU AR-RAUDHAH,ECO MAJESTIC

27 Februari 2025, Hulu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah dijemput oleh Ahli Jawatankuasa Surau Ar-Raudhah, Eco Majestic untuk turut serta dalam Majlis Penyerahan Surau Ar-Raudhah, Eco Majestic, Semenyih.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS serta menyaksikan penyerahan Masjid tersebut dari pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang sampaikan oleh AF Ustaz Hashim bin Mohamed, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid JAIS kepada YBhg. Dato’ Rosli Bin Othman,  Y.D.H. Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat untuk disampaikan kepada Tuan Haji Yazid bin Saad, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau Ar-Raudhah, Eco Majestic.

Surau Ar-Raudhah, Eco Majestic, Semenyih ini adalah merupakan surau wakaf khas yang dikelolai oleh PWS, surau tersebut telah siap bagi pembinaan fasa satu dan masih lagi mengumpul dana wakaf bagi pembinaan fasa kedua.

Semoga dengan terbinanya Surau Ar-Raudhah, Eco Majestic, Semenyih ini dapatlah memberi manfaat kepada jemaah dan ahli kariah serta mengalirnya jariah pewakaf-pewakaf yang berwakaf sehingga yaumulakhirah, InshaaAllah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#mudahnyaberwakaf

#bulanwakafselangor

#satuwakafsejutamanfaat

No Comments

Post A Comment