“TERIMA KASIH PEWAKAF, ANDA WAKAF, KAMI AGIH” -Sumbangan Anda disalurkan ke Surau Darul Ikram Sebanyak RM 22,800.00-

“TERIMA KASIH PEWAKAF, ANDA WAKAF, KAMI AGIH” -Sumbangan Anda disalurkan ke Surau Darul Ikram Sebanyak RM 22,800.00-

11 Disember 2024, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkasakan agihan tabung wakaf tunai bernilai RM22, 800.00 ke Surau Darul Ikram, Kanchong Darat.

Serahan cek cura telah disampaikan oleh  AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.

Sumbangan tersebut adalah hasil dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Surau, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan semula kepada surau bagi tujuan naik taraf bumbung di surau tersebut.

Turut diadakan Kuliah Dhuha Muslimat bertajuk “Wakaf, Persediaan Sebelum Kematian” disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf.

Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada muslimat dalam melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah wakaf emas, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga agihan ini dapat dimanfaatkan oleh jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf sehingga yaumulakhirah.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#mudahnyaberwakaf

#andawakafkamiagih

#terimakasihpewakaf

#suraudarulikramkanchongdarat

 

No Comments

Post A Comment