28 Mac 2024, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah kepada dua institusi iaitu di Surau Haji Yusoff, Jeram Kuala Selangor sebanyak RM12,376 dan di Surau Al-Hijrah, Bandar Seri Putra, Bangi sebanyak RM50 ribu.
Serahan cek cura telah disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS di Surau Haji Yusoff dan AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Shahril, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS di Surau Al Hijrah.
Selain itu, Kuliah Ramadhan khas juga turut diadakan di kedua-dua surau berkenaan bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf di bulan yang mulia ini.
No Comments