21 Jun 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Surau Khalid Al Walid IPK Selangor, Seksyen 9 telah mengadakan tazkirah Jumaat khas bertajuk “Indahnya Berwakaf” yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.
Tazkirah yang disampaikan adalah bagi menyebarluaskan lagi berkenaan kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada orang ramai serta maksud indahnya berwakaf itu sendiri.
Kaunter Wakaf Tunai turut juga dibuka bagi memberi peluang penduduk setempat dan jemaah melaksanakan ibadah Wakaf Tunai ini.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
No Comments