PWS SEBARLUASKAN SUMBANGAN WAKAF TUNAI KEPADA INSTITUSI AGAMA DISELANGOR

PWS SEBARLUASKAN SUMBANGAN WAKAF TUNAI KEPADA INSTITUSI AGAMA DISELANGOR

1 Mei 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf tunai  kepada institusi agama di negeri Selangor.

PWS juga menyerahkan sumbangan wakaf Fisabilillah sebanyak dan RM45,000.00 kepada  Surau Khamisah Ali.

Serahan cek cura telah disampaikan oleh AF Ustaz Suffian Assauri bin Omar Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS. Turut diadakan Kuliah khas di  institusi tersebut bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf.

PWS juga turut membuka kaunter wakaf tunai untuk memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

#terimakasihpewakaf

No Comments

Post A Comment