28 September 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah bernilai RM 48,000.00 kepada Surau Pangsapuri De Kiara, Setia Alam.
Serahan cek cura telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Encik Nurul Arif bin Azman, Pengerusi di surau berkenaan untuk baik pulih bumbung, naik taraf dapur dan penambahan ruang solat surau berkenaan.
Turut diadakan Kuliah Maghrib khas di surau tersebut yang telah disampaikan sendiri oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar bertajuk “Sejarah dan Peranan Wakaf dalam Peradaban Islam” bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf dan peranan PWS sebagai intitusi wakaf di negeri Selangor.
PWS juga turut membuka kaunter wakaf tunai untuk memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my/
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#andawakafkamiagih
#terimakasihpewakaf
#satuwakafsejutamanfaat
#suraudekiara
No Comments