PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) SANTUNI AHLI KARIAH SURAU NURUL IMAN SEMPENA BULAN WAKAF SELANGOR

PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) SANTUNI AHLI KARIAH SURAU NURUL IMAN SEMPENA BULAN WAKAF SELANGOR

2 April 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Surau Nurul Iman, Pangsapuri Subang Suria telah mengadakan Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.
 
Tazkirah yang disampaikan adalah bagi meraikan bulan yang mulia bagi umat Islam iaitu Bulan Ramadhan, turut dikongsikan juga adalah mengenai keimanan, ketaqwaan, kepercayaan, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf di bulan yang mulia ini.
 
Sya’ban dan Ramadhan merupakan Bulan Wakaf Negeri Selangor, PWS sedang giat untuk menyebarluaskan kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah, kehebatan dan keindahan berwakaf itu sendiri.
 
Kaunter Wakaf Tunai turut dibuka bagi memberi peluang penduduk setempat melaksanakan ibadah Wakaf Tunai ini.
 
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai di sepuluh malam terakhir Ramadhan ini melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
Layari Wakaf Selangor Online
 
 
 
No Comments

Post A Comment