PWS TERUS GIAT MENSASARKAN SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH SEBANYAK RM 20,000 KE SURAU WISMA MAIS

PWS TERUS GIAT MENSASARKAN SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH SEBANYAK RM 20,000 KE SURAU WISMA MAIS

23 April 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 20 Ribu kepada Surau Wisma MAIS. Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh YAD Senator Dato’ Haji Sallehuddin bin Saidin, Pengerusi MAIS di Wisma MAIS Seksyen 3.

Sumbangan sebanyak RM 20 ribu tersebut adalah bertujuan untuk baik pulih surau di Wisma MAIS tersebut.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada warga Wisma MAIS dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

No Comments

Post A Comment